Monday, August 27, 2012

21 august 2012, Tuesday ( Chalok, tok long )


Dah lama aku x datang sini, mungkin last time kecik2, masa umur aku 5-6 tahun. Ni pun ma yang cakap , aku memang x ingat langsung tentang tempat ni, nothing in my mind about this place. Yang aku tahu ni adalah rumah datuk sedara, Tok Long. Tapi dia dah meninggal, tinggal isteri dia & anak2 jer. Nak xnak aku kena ikut. Request dari We ngan aki. Ikut jer, kang bising plak. Malas nak dengar.

Dekat dekat, dekat 1 jam perjalan ke chalok. Siap boleh tido lagi. Planning asal aku dah lari. Ingat nak main bola, at last kena pg setiu.  Ok jela, bila lagi nak kenal rumah atuk sedara. Kat sana, rupanya kawasan perumahan felda. Berbukit2. Rumah Tok Long betul2 depan kubur. Seram bai. Tapi nak takut apa, nanti ke sana jugak kita.

Dah masuk magrib. So aku bgtahu la nak semayang dulu. Semua macam pelik jer. Ceh, xkan semayang pun nak pelik. Adik sepupu aku ni, lepas aku semayang sampai balik besut duk cakap aku alim. Dik, kalau alim x macam ni, aku ni setakat nak bezakan baik buruk bolehla. Tapi kalau nak lebih2 tu x lepas. Satu hari nanti aku akan kesana. Insya Allah. Yang xleh blah siap ada nasi kat sini. Lauk biasa2 jer. Orang cakap kita kena makan kalau tuan rumah hiding. Janganlah sampai kenyang. Just nak tunjuk yang kita hargai apa yang diorang sediakan. Sikit xpe janji makan.

BBQ di postpone esok sebab sampai besut dah pukul 10.30pm. Nak bakar ayam mana sempat. Mahu pukul 12 baru boleh makan. Lagipun malam ni ada main futsal. Baik esok jela bbq.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts