Thursday, August 25, 2011

25 ogos 2011, Khamis ( Main Mercun )

Dah abis test EPM , lega x lega tp macam tu la, jawab macam apa but aku still lagi berharap dapat A untuk EPM. X sangka tengah2 syok jawab test Mr Azman datang cakap ada kelas MOM after this. Perghh, mood dah raya, mustahil nak dengar lecture, Ada la mulut2 yg cakap ada quiz, lagi sakit klau ada kuiz. So stay jap dengar apa dia ajar after test. Dan macam biasa la, x faham tp dapat tangkap idea lecture tu. Kesian Mr Azman smua dah mood raya,xde yg nak dengar lecture dia.haha. Nasib2. Abes kelas aku borak2 kejap ngn Mr Azman, dia bgtaw kenapa kelas cancel sebelum ni, skali tu sbb abang ipar dia nazak and sekali lagi sebab abang ipar dia meninggal dunia. Al - Fatihah..

Walaupun dah lewat, aku, sopi, sheme dengan syafiq tetap g umah mama. Dalam 6.15pm sampai. Jumpa Ayah, Danish, Darwisyi dengan Kak ngah. oo ya, opah sekali. Ingatkan mama dah masak, sekali tunggu kitorang. Haha. terpaksa la aku tolong mana yang termampu, macam basuh pinggan mangkuk, letak sos dalam kuali. Nak masak memang fail. Kang hangus menu berbuka hari ni. Di kala sibuk tu sempat jugak la aku main dengan adik. Baru 3 tahun tp mulut dah petah berbicara. Nanti jadi macam syafiq, champion depat IPT 2011. Akhirnya siap jugak Menu berbuka. Yess, tiba time makan .Dah lama tunggu ni. Menu hari ni

1) Nasi putih
2) Paprik udang + sotong
3) Ikan Kembung masak tempoyak
4) Murtabak
5) Sambal Nyiur
6) Jus tembikai
7) Air Epal

Hari ni x grand mcm hari tu tp still lagi style. Paprik mmg sedap. Tempoyak aku x suka sangat so ak anggap kurang memuaskan. Jus aku head down thumbs up. Pergh sampai kembung perut aku minum. Murtabak yg ayah beli pun aku yang habiskan. Orang lain macam x suka dengan murtabak tu. Dah kenyang,tolong mama kemas mana2 yang patut. Aku ada masalah berkomunikasi sikit dengan diorang ni sbb x berapa faham sleng Perak. Kadang kena tanya 2-3 kali. Macam aku cakap kelantan la, ada je member2 yang x faham.

Rehat jap, solat plus tengok TV. Dalam pukul 8.30pm, semua turun main mercun. Dulu aku minat main mercun, duit habis xpe janji mercun berbunyi. Sekarang ni, mercun yang free langsung aku x sentuh, mungkin sebab takut jadi macam kat berita2 di TV, putus tangan, kudung jari, melecur bagai. So nak save aku stay at the back, yg main budak darjah tiga, Danish/ Abg Yan dan budak tahun bape ntah, shafiq. Mercun yang hampir sebakul besar tunggu masa je nak abes, x nampak langsung 2 orang ni nak hold back. First mama cakap xyah abiskan sbb nak tunggun Wani datang dalam pukul 10pm. Tp dah syok sangat, dalam pukul 10pm mercun dah nak abis.Mama suggest balik ambik kat rumah sementara nak ambik Wani nanti. 

Dalam pukul 10.45pm, mama tanya kitorang nak  tido sini X? sebab x bebaloi kalau wani datang. Dia tanya aku, ak x cakap ak xnak tp, adalah 'gaya' xnak, bukan apa kalau tido sini, esok nanti kelam kabut. then nasib baik la Sheme bagtau yang dia balik kampung sahur esok. Mama faham, tp jauh di sudut hati dia nak kitorang tido sini. Sori mama, bukan xnak tp banyak problem nanti. Ada masa Insya Allah kitorang tido sini. 

Tepat jam 11.30pm, kitorang balik, Syafiq kol Wani Tanya nak datang ke x, Dia cakap dah lewat. Tengok muka mama, mmg dia nak sangat wani dating sini ( sheme yang cakap). Sempat la mama and wani borak kat telefon kejap.Sayu, sedi, terharu dengar perbualan diorang. Then after that kitorang gerak balik. Thanks a lot mama, ayah, opah, Danish, kak ngah and darwisyi for the best moment in Ramadhan.

Yes, mama bagi kitorang kuih raya n aku dapat kuih makmur. Mcm mana rasa aku x sure tp Nampak x sedap, aku lebih berkenan dengan tart nenas/ epal. Wani punya Tart epal, dengki siot. Tp biar la, member2 x kisah.. Syafiq tart nenas, syeme aku x tahu then sopi sama dengan aku,kuih makmur. Sampai bilik aku bagi kat Z n Paco tart strawberi yg x abis tadi + kerepek apa ntah. Kat bilik aku, layan One piece then tido, esok pagi packing then nyah dari UTP. I love UTP..

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts