Dah lama
aku x datang sini, mungkin last time kecik2, masa umur aku 5-6 tahun. Ni pun ma
yang cakap , aku memang x ingat langsung tentang tempat ni, nothing in my mind
about this place. Yang aku tahu ni adalah rumah datuk sedara, Tok Long. Tapi
dia dah meninggal, tinggal isteri dia & anak2 jer. Nak xnak aku kena ikut.
Request dari We ngan aki. Ikut jer, kang bising plak. Malas nak dengar.
Dekat
dekat, dekat 1 jam perjalan ke chalok. Siap boleh tido lagi. Planning asal aku
dah lari. Ingat nak main bola, at last kena pg setiu. Ok jela, bila lagi nak kenal rumah atuk
sedara. Kat sana, rupanya kawasan perumahan felda. Berbukit2. Rumah Tok Long
betul2 depan kubur. Seram bai. Tapi nak takut apa, nanti ke sana jugak kita.
Dah masuk
magrib. So aku bgtahu la nak semayang dulu. Semua macam pelik jer. Ceh, xkan
semayang pun nak pelik. Adik sepupu aku ni, lepas aku semayang sampai balik
besut duk cakap aku alim. Dik, kalau alim x macam ni, aku ni setakat nak
bezakan baik buruk bolehla. Tapi kalau nak lebih2 tu x lepas. Satu hari nanti
aku akan kesana. Insya Allah. Yang xleh blah siap ada nasi kat sini. Lauk
biasa2 jer. Orang cakap kita kena makan kalau tuan rumah hiding. Janganlah
sampai kenyang. Just nak tunjuk yang kita hargai apa yang diorang sediakan.
Sikit xpe janji makan.
BBQ
di postpone esok sebab sampai besut dah pukul 10.30pm. Nak bakar ayam mana
sempat. Mahu pukul 12 baru boleh makan. Lagipun malam ni ada main futsal. Baik
esok jela bbq.
0 comments:
Post a Comment