2 event penting hari ni, satu Hari Lahir adik perempuan aku, satu lagi bola sepak baru.
Tentang Hari Lahir confirm xde majlis Hari Jadi sebab dah besar. Bukan kat IPT dimana member prank sepuas hati. Suasana Suram + dipenuhi dengan sedara. Bukan sebab majlis hari jadi tapi sebab datang nak buat kedai kat belakang. Tapi aku serabut betul dengan sepupu aku yang kecik ni, Faris. Duk sibuk kejut aku dari tidur semata mata nak charge PSP. Apa kes la. Geram pun ada, nasib baik boleh sabar lagi.
Dah dia bising, buka la jugak laptop. Tapi jangan harap nak main. Puas aku buat2 main game sebab xnak bagi dia main. Macam2 benda aku buat, dia still duk serabut kat aku lagi. At last, Pok Yie datang ajak beli bola sepak. Kepala pusing, aku ikut dia. Lagipun duit bola ada ngn aku. Lappy aku??? bagi faris main, nanti nampak sangat aku xnak bagi kat dia.sigh
Ingatkan Pok Yie, Apih n Mamat ada kerja apa kat jerteh, sekali memang diorang nak beli bola baru. Yohooo. Nice one la. Kat dalam Al Ikhsan tadi dah betekak nak beli yang mana satu. Nike la, Adidas la. Lepas banding situ sini, ambek yang Nike kaler biru berharga Rm54. Bila nak bayar tu dah jadi RM45. Ada offer rupanya. Memang terbaik, alhamdulillah. Duit lebih boleh la aku simpan untuk next time. Kalau nak mintak balik budak2 ni bayar, memang x la.
Kat padang, muka mak aiii. Semua senyum lebar sebab dapat main pakai bola baru. Bila start main baru tahu perasaan sepak bola sebenar. Kalau pakai power sepak macam semalam, memang bola tu ke langit. Bende dah la bum tinggi. Kena control sikit sepak baru sedap main.
P/S: Duit Lebih RM25 bai..Simpan simpan...

0 comments:
Post a Comment