Dalam dunia ni aku ada 2 Pak Cik yang special, Ayah Sa dengan Pak Su Din. Special sebab 2 orang ni lain latar belakang. Sorang Berduit ( x banyak sangat ), Sorang kurang duit ( x sikit sangat ). Ayah Sa ni banyak tolong aku dulu time masuk Universiti dengan bagi pinjam kereta hantar aku, tolong bank in duit. Pak Su Din xleh nak tolong aku dari segi zahir, dia bagi kata kata semangat n nasihat. Haha. Nice one lakan sebab ada 2 jenis pak cik ni. Walaupun Ayah X pandai nak jaga hati orang lain, still lagi banyak tolong orang2 di sekeliling. Tadi dia offer balik HTC tapi aku x kata apa apa sebab nak google dulu. Tengok berbaloi x aku beli RM600, phone dah pakai 3 bulan. HTC Wildfire A3333.
Bila aku google balik, Harga HTC ni RM800. And aku rasa x jadi nak beli la. Mahal siot RM600. Lagipun banyak bende lagi aku nak buat dengan duit MARA ni. Antaranya nak upgrade RAM Laptop.
Yezza, hari ni duit bola terkumpul dah mencecah RM26. Sikit je lagi nak beli bola baru. Harap2 esok ramai yang bayar. Kalau x sia sia aku berteriak kat padang tadi.

1 comments:
yen upgrade lalu...1 gb x cukup utk window 7...jadi mudah rosok
Post a Comment