Tido merehatkan badan ke tahap yang diperlukan amatlah disarankan. Kalau tido sebab nafsu memang sampai ke petang and automatic masa dibazirkan.
Pagi2 lagi aku dah out dengan Fahmi Halim ke Pantai Air Tawar, jogging kata ko. Jauh terasa perjalanan ni. First place to visit is open gymnasium. Mak aii, semua dah rosak. Apa hal la orang pantai Air Tawar ni. Benda yang diperbuat drpda besi pun rosak, klau kayu lagi la. Ada jugak kes kes curi besi, aku tengok skru yang besar xde. ada part2 yang hilang. kenapa la demi beberapa sen tu, susah rakyat2 jelata sekalian. fikirlah si pencuri.ko boleh 60sen sekilo untuk besi n orang lain susah bertahun2. berbaloi ker buat macam ni?
Lantak ko la eiii, nak nasihat bukan korang baca. So next is dataran Air Tawar, tempat ni memang hot, luas n boleh berfixie kat atas ni. Petang bila ntah aku ada nampak basikal kat atas ni, boleh2 jer dia bawak naik.
Then kitorang ke Taman Permainan, dah lama aku x masuk sini. Still sama, sini facilities OK. xde yang rosak teruk and mostly semua boleh main. Dah besar ni,xleh la aku nak main benda2 ni semua, gelongsor,buaian, kuda, kereta kebal. Paling best kat sini suasana aman damai.
Pantai terbaik time2 macam macam ni, air tenang and jernih, siap boleh nampak ketam.
Yeah jogging sampai ke tanjung. Ni baru namanya jogging. Jauh gak dr Pantai Centre ke tanjung. Dalam 15 minit jogging. Jumpa brader menjala ikan. balik nanti nak tengok banyak x ikan dia dapat. Pagi2 da menjala ni mesti banyak dapat. Sampai kat Tanjung rest, hirup udara segar dan menikmati panorama indah. Serius cakap kat sini Permandangan paling cantik/lawa bagai. Dapat tengok Jeti, Pekan Kuala Besut, LKIM, Pantai Kuala Besut, Pulau Perhentian, Jambatan Kuala Besut. Agak2 dah puas jog balik ke centre. sempat jugak la Fahmi tangkap sekor ketam. Pijak then masukkan dalam botol, snap 2 3 keping foto. Dah ambek lepas balik si ketam. Kalau kecik2 dulu bapak kejam. mesti hilang penyepit ketam ni klau budak kecik yang tangkap. Sampai sampai, brader yang menjala tu dah hilang, ntah mana perginya. Haha. Tak dapat nak tengok hasil.
Ya Allah terlupa yang Ma kirim nasi pagi tadi, Abah call aku. Mesti ma tertunggu tunggu.Sorry mum, on the way back.
Okeh sekarang aku tak tahu ma merajuk ke tak tp dia dah xnak Nasi. Dia tukar dengan roti goreng. haha..Kepala pusing so aku beli nasi 2 bungkus dengan roti goreng 6 biji. Makan jga dia nasi tu.
Okeh ni baru start aktiviti tido, balik rumah tido sampai ketengah hari, bangun makan, semayang, tido balik sampai ke petang.
Dah Petang bangun main bola. Hari ni aku main serius sikit, xnak bg muka kat budak budak ni.
Citer Jet Li malam ni at first macam best then x best. So part ending aku tak tengok. Masuk bilik tido
mood ~ unknown.
0 comments:
Post a Comment